Sunday, October 19, 2014
Wednesday, August 6, 2014
Saturday, December 22, 2012
SECRET RECIPE
Anak mama ambik gambar pun kabur...hmmm...
melayan Alfian punya birthday nak mkn kek secret resipe ngan spaghetti ..
Adegan suap menyuap..nasib baik mama tgh diet , kalau x nyum nyum...
Air tembikai dah abis kena bedal ngan baby Ariq...abang makan spaghetti ngan meat ball kambing
pilih 2 jenis kek je..itupun terkulat kulat nak habiskan...
secret recipe kat jusco seri kembangan...
Posted by Nordiania Nordin at 6:10 PM 0 comments
Sunday, December 2, 2012
KUANTAN PAHANG
Sampai gak hajat laki aku nak g Kuantan , tempat dia belajo dulu kat politeknik ..
Makan simple2 kat sini...
Kuar jalan2 waktu malam
Posted by Nordiania Nordin at 6:31 PM 0 comments
Saturday, November 24, 2012
STEAMBOAT ANTARABANGSA
Baby mama yang x reti duduk diam...takpe adik ngan abang free jer...diorg makan pun tak seberapa..
Papa ngan Alfian tengah pikir nak ambik menu apa...memang berbaloi2....
STEAMBOAT ANTARABANGSA kat Bangi .Memang berbaloi sebab makan sampai pengsan .
Macam2 menu ada memang best lah...2 jam kitorg kat situ, anak dara aku masih tak puas2 makan .
Posted by Nordiania Nordin at 6:09 PM 0 comments
Tuesday, November 13, 2012
makan kat putrajaya
Hari sabtu ,teringin plak nak makan lamb chop...tempat yang kami selalu pergi memang kat putrajaya.
Kat sini ada mcm2 menu. Baby mama makan bubur ayam ,papa makan nasi lemak ayam ....memang best
semua makanan kat sini, sebenarnya makan kat sini adalah pilihan kedua...
pilihan pertama kakak nak makan kat Rasamas Alamanda ,putrajaya . Tp x kesampaian sebab ramai giler
manusia mlm tu , sampai parking pun susah nak dapat...hmmmm..kakak punya muncung pun sampai boleh
letak penyangkut baju....pujuk punya pujuk nak makan kat mana....semua dia x layan...last2 kat sini jerrrr...
enjoyyyy...
Kat sini ada mcm2 menu. Baby mama makan bubur ayam ,papa makan nasi lemak ayam ....memang best
semua makanan kat sini, sebenarnya makan kat sini adalah pilihan kedua...
pilihan pertama kakak nak makan kat Rasamas Alamanda ,putrajaya . Tp x kesampaian sebab ramai giler
manusia mlm tu , sampai parking pun susah nak dapat...hmmmm..kakak punya muncung pun sampai boleh
letak penyangkut baju....pujuk punya pujuk nak makan kat mana....semua dia x layan...last2 kat sini jerrrr...
enjoyyyy...
Posted by Nordiania Nordin at 7:55 PM 0 comments
Thursday, October 18, 2012
ENTRY CAMPUR
pAGi -pagi Lagi Dah kuar umah ..saja nak bawak anak-anak pegi mandi kolam kat putrajaya ...
Kebetulan cuaca mendung tp tak beerti hujan , ramai yang dah balik so tinggal kami je kat situ..
kalau bawak budak-budak ni memang susah nak ajak balik...
Alfian yang paling seronok sebab nak belajar berenang ...mula-mula kami nak kenalkan
kolam mandi kat dia memang susah ,sebab dia takut bila tengok air bnyak...
tempat mandi pertama yang besar dan luas bagi alfian ialah tiara beach resort ....
Kakak pun tak kurang songehnya , nak pelampung jugak ...kecik pun takpe janji ada..
pelampung tu beli masa dia berumur 5 tahun .
Ariq pun dah x sabor nak mandi cam abang..hehe..belum boleh lagi ye dik....
Sorry ye entry campur aduk hahhaah...pedulilah ni blog aku....
Kali ni sepetang pulak di pt Salleh Khairon ,batu pahat ,johor .
Jeng jeng jeng ...kami balik kampung...Memang sedap roti canai ni , lembut , gebu & rangup...
Tapi ni bukan kampung kami...
Anak dara ni memang kalau bab makan teserah kat tekak dia...kuat makan tp tak gemuk...
asik ajak makan kat luar je, takpe-takpe mama boleh join sekali hahahhaa....
Posted by Nordiania Nordin at 8:21 PM 0 comments
Friday, February 17, 2012
Untuk isteri tersayang ............
- 1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...
Posted by Nordiania Nordin at 1:00 PM 0 comments
Tuesday, February 7, 2012
penatnyaaa....baru balik dari melayan anak-anak pegi mandi manda kat cyberjaya. Sampai je umah kakak mintak buatkan kek pulak, si papa pulak mintak buatkan puding karemel latte ahahha...
sempat jugak mama buat coklat untuk diorang...gambar akan diupload kemudian....
sempat jugak mama buat coklat untuk diorang...gambar akan diupload kemudian....
Posted by Nordiania Nordin at 3:36 PM 0 comments
NURAIN 8 TAHUN
hari nie 7 feb 2012 genap umur nurain 8 tahun...semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya serta sentiasa mendapat ilmu yang bermanfaat ..amin..
permintaannya malam nie nak pi makan kat mcdonalds...okler kami bawak kat LCCT ..bila sampai kat mcd , orang dah macam "singget ghorri" ..dia dah boring nak beratur panjang, terus tukar fikiran ajak mama pi makan kat marrybrown plak...hmmm papa kata ok...jom..
Alfian mintak mee curry , mee dia memang lembut ...sedapp...tetapi anak teruna ku ini belum habis mee curry tu dah pesan makanan lain plak "papa lepas nie abang nak dunkin donut plak "
hmmm...papa pun ok jer...letih mama dengar..
permintaannya malam nie nak pi makan kat mcdonalds...okler kami bawak kat LCCT ..bila sampai kat mcd , orang dah macam "singget ghorri" ..dia dah boring nak beratur panjang, terus tukar fikiran ajak mama pi makan kat marrybrown plak...hmmm papa kata ok...jom..
Alfian mintak mee curry , mee dia memang lembut ...sedapp...tetapi anak teruna ku ini belum habis mee curry tu dah pesan makanan lain plak "papa lepas nie abang nak dunkin donut plak "
hmmm...papa pun ok jer...letih mama dengar..
Posted by Nordiania Nordin at 2:06 AM 0 comments
Monday, February 6, 2012
MUHAMMAD ALFIAN 6 TAHUN 2 BULAN
Muhammad Alfian anakku no 2.Memang suka bergambar , suka main game n main bola sepak .Penah mengikuti perlawanan bola sepak antara sekolah seluruh selangor . sekolah Alfian mendapat tempat ke 2 . yey...mama bangga ngan abang .....dia suka bersahaja dengan gaya simple walau kemana saja . kadang-kadang nak ikut mama gi jalan pun pakai baju tidur , asik nak suh mama jadi singa jer ..hari-hari,,,memang manja sangat setiap malam bila nak tido dia akan carik punggung mama untuk di peluk ...kalau mama belum nak tido, dia akan tido kat bawah ketiak papa huhuhuh.....
Posted by Nordiania Nordin at 12:07 PM 0 comments
HARI RAYA 2011
gambar raya 2011..
rasanya gambar ni lengkap sbb semuanya ada bersama meraikan hari raya tahun 2011..
raya tahun ini lebih meriah apabila diraikan bersama-sama dua orang manusia
perasan macho yang duduk dibarisan hadapan sekali ahahhaa...
kemudian ada tiga orang perempuan yang teringin nak menyendeng ,mereka berada dibarisan belakang sekali...ekekkeeke...tidak mengapa sbb tahun hadapan kita tengok mereka akan menyendeng kearah mana pula ya...
Posted by Nordiania Nordin at 9:55 AM 0 comments
Sunday, February 5, 2012
HARI RAYA 2010
Gambar raya 2010 ...
sedang upload gambar lain pulak...kadang-kadang blog ni bengong gaks....
ini gambar anak teruna aku yang sangat manja papa...kalau mintak apa-apa tak boleh tempoh,
masa ni dia masih adik lagi ,tak tau mama tengah pegnen masa nie...patutla aku rasa letih yang amat sangat bila banyak berjalan , cuti raya pun singkat pastu dah naik kerja...
Posted by Nordiania Nordin at 3:02 PM 0 comments
Tuesday, October 19, 2010
Saturday, July 10, 2010
Ain dan Alfian bersukan..
Posted by Nordiania Nordin at 10:36 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)





























